Advertisements

Fasa Peralihan Ke Endemik: Amalkan Langkah Cegah Covid-19

Advertisements

HIDUP BERSAMA VIRUS COVID-19

Seiring dengan fasa ‘Peralihan ke Endemik’, kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat.

Berikut dikongsikan langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang boleh anda amalkan.

Baca juga: 7 Perkara Utama Peralihan Fasa Endemik Bermula 1 April 2022

Langkah Cegah Penularan Covid-19

1. PAKAI PELITUP MUKA

Pemakaian pelitup muka adalah sangat penting bagi melindungi diri daripada terkena wabak penularan Covid-19.

Cara pemakaian pelitup muka sangat memain peranan untuk melindungi diri.

jadi pastikan anda memakai pelitup muka dengan betul serta sebaiknya tukar pelitup muka yang baru pada setiap 2 jam.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Contoh cara cuci pakai pelitup muka dengan betul:
2. CUCI TANGAN

Anda haruslah kerap cuci tangan dan sanitize.

Pastikan anda membasuh tangan dengan betul agar tiada kuman melekat di tangan.

Contoh cara cuci tangan dengan betul:

3. SISTEM PENGUDARAAN

Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Sentiasa membuka tingkap rumah bagi mengekangkan penularan jangkitan Covid-19 di dalam rumah.

4. PENJARAKAN SOSIAL

Amalkan penjarakan sosial / fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Elakkan kawasan yang ramai dan padat seperti di pasar malam atau pasaraya.

5. VAKSINASI

Tujuan vaksin Covid-19 dan dos penggalak disarankan ambil adalah seperti berikut: 

  • Mampu merangsang sistem imuniti membentuk perlindungan optima bagi melawan jangkitan virus COVID-19.
  • Melindungi pesakit COVID-19 dari gejala teruk.
  • Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

Gaya Hidup Sihat

Selain daripada menjalankan langkah pencegahan Covid-19, anda juga perlu membudayakan gaya hidup yang sihat bagi mencegah penyakit NCD dan menguatkan imuniti badan.

Berikut merupakan gaya hidup sihat yang seharusnya anda lakukan bagi mencegah Covid-19:

1. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Pelbagai aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan di rumah mahu pun di luar.

Antara aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan adalah bersenam, berbasikal atau skipping.

2. TIDAK MEROKOK

KETAGIHAN ROKOK – JANGAN BERHENTI BERHARAP – Fahmi Hassan

3. TANGANI STRESS

Elakkan diri daripada beremosi / stress.

Terdapat beberapa cara boleh anda atasi masalah tekanan emosi ini, antaranya:

  • Belajar kawal emosi
  • Kongsi masalah
  • Lakukan aktiviti riadah
  • Beribadat kepada tuhan
  • Berehat atau melancong
  • Jumpa kaunselor.

4. MAKANAN SIHAT

Pastikan anda memakan makanan yang sihat terutamanya lebihkan makan sayuran dan buahan.

Boleh rujuk piramid makanan yang patut diambil.

5. TIDAK MENGAMBIL ALKOHOL

Alkohol adalah minuman keras yang boleh membahaya kan diri anda.

Ini kerana pengambilan alkohol menyebabkan peningkatan risiko terhadap penyakit kanser, antaranya:

  • Mulut dan tekak
  • Larinks
  • Esofagus
  • Hati
  • Payudara
  • Usus besar

Walaupun negara Malaysia akan beralih ke fasa Endemik mulai 1 April 2022 ini, tetapi hendak diingatkan kepada anda untuk menjaga SOP.

Amalkan gaya hidup yang sihat dan ambil vaksin serta booster untuk mencegah diri daripada mengalami gejala yang teruk jika terkena jangkitan virus Covid-19.

Baca juga: Persediaan Diri Sebelum Terima Suntikan Penggalak (Booster)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.