Firefly dan Malaysia Airlines menawarkan 20% diskaun bagi pembelian tiket penerbangan ke Majlis Konvokesyen University Teknologi MARA (UiTM) khas untuk para graduan dan keluarga pelajar terlibat.
Tawaran diskaun ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak Filrefly dan Malaysia Airlines bagi memastikan graduan dan keluarga dapat hadir bersama dalam majlis konvokesyen terutamanya melibatkan kampus yang jauh.

Tarikh Majlis Konvokesyen
Tarikh majlis konvokesyen yang bakal diadakan pada tahun ini mengikut kampus adalah seperti berikut :
Tarikh Konvokesyen | Kampus |
14 Jun sehingga 28 Jun 2022 | UiTM Shah Alam |
30 Jun sehingga 1 Julai 2022 | UiTM Sabah |
4 Julai sehingga 6 Julai 2022 | UiTM Sarawak |
Tarikh Pembelian Tiket dan Penerbangan
Tawaran diskaun ini sah bagi untuk pembelian sehingga 10 Jun 2022 bagi penerbangan bertarikh 12 Jun hingga 7 Julai 2022.
Kod Promo Diskaun 20%
Bagi para graduan dan ahli keluarga yang ingin mendapatkan tiket diskaun sempena majlis konvokesyen akan datang boleh gunakan kod promo di bawah ini:
- Malaysia Airlines : MHUITM 2022
- Firefly : FYUITM22
Diskaun tiket ini sah untuk pembelian kelas penerbangan seperti berikut:
- Kelas Ekonomi (Business Class)
- Kelas Perniagaan (Economy Class)
Baca juga: Tarikh Dan Cara Semak Keputusan SPM 2021
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Cara Pembelian Tiket
Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web Malaysia Airlines dan Firely dengan memasukkan kod promo di atas.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut mengenai tawaran diskaun 20% tiket penerbangan ini boleh rujuk keterangan kempen di laman sesawang Malaysia Airlines.