Advertisements

Firefly Tawar Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang Ke Kuching

Advertisements

Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bersempena ramadhan dan raya yang bakal tiba akan datang.

Bermula 25 April ini, kekerapan penerbangan itu akan ditambah kepada dua kali sehari.

Operasi penerbangan Firefly dari hab Pulau Pinang menandakan satu lagi pencapaian penting bagi hala tuju Firefly dalam memacu perjalanan udara dan pemulihan pelancongan domestik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan ketibaan penerbangan sulung Firely terus dari Pulau Pinang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Baca juga: AirAsia Promosi Tawar Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula 9-17 April

Dalam satu kenyataan lain, Malaysia Aviation Group berkata Firely akan beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737-800 dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Dengan wujud penawaran penerbangan terus daripada Pulau Pinang oleh Firefly ini diharap dapat memacu mobiliti dan fleksibiliti pengembara, sekali gus membantu negeri ini mencapai sasaran kedatangan 1.2 juta pelancong pada tahun ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.