Advertisements

Garis Panduan Pengurusan Sekolah 4.0 Bakal Diumumkan Oleh KPM

Advertisements

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata bahawa Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan sejurus selepas pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Baca juga : Jadual Persekolahan KPM Dan Cuti Penggal 3 Bagi Sesi 2022/2023

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memastikan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 yang bakal diumumkan itu, selaras dengan apa yang diumumkan KKM.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sejurus selepas pengumuman itu, Kementerian Pendidikan akan menyelaraskan perkara yang dibincangkan sebelum garis panduan baharu tersebut diumumkan.

Menteri Kanan Pendidikan turut berkata, pembukaan sekolah yang bermula sejak Mac lepas, dilakukan dengan niat untuk tidak lagi menutupnya, justeru ia perlu dilaksanakan dengan cermat.

“Kita tahu bahawa ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas. Insya-Allah kita sudah buka sedikit demi sedikit cuma kita mengambil pendekatan lebih cermat”

“Biar lambat asalkan selamat, sebab bila kita buka nanti insya-Allah kita dapat terus beroperasi dan sekolah tidak perlu ditutup lagi,” katanya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pada 17 April lepas, Menteri Kanan Pendidikan berkata bahawa Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, bakal diumumkan bulan ini di mana ia termasuk aktiviti kokurikulum yang sebelum ini hanya dibenarkan di sekolah sahaja, selain penggunaan kantin.

Selain itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut mengakatakan bahawa akan ada kelonggaran beberapa SOP COVID-19 yang bakal diumumkan Rabu ini.

Pengumaman ini adalah bersifat selamat dan cermat bagi memastikan kerajaan tidak mahu tersilap langkah dan mengelak usaha yang dilakukan untuk mengawal wabak COVID-19 selama ini, disia-siakan.

Baca juga :MARA: Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.