Advertisements

Geran Bantuan Pelajar Bagi Pelajar IPT Kelahiran Pahang

Advertisements

Yayasan Pahang mempelawa pelajar kelahiran yang negeri Pahang yang ingin melanjutkan pelajaran di IPT untuk memohon Geran Bantuan Pelajar dan Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i.

Bantuan ini adalah bertujuan membantu meningkatkan kemajuan pendidikan terhadap anak-anak Pahang terutamanya bagi mereka yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Geran Bantuan ke IPT: RM500 (untuk pelajar baharu sahaja)
  • Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i: RM200 (untuk pelajar dalam pengajian sahaja)

Baca juga: Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2022/2023

Institusi Pendidikan Yang Terlibat

Pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan salah satu bantuan ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web 
    https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/index.php (untuk Geran Bantuan ke IPT) atau 
    https://eyayasan2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php (untuk Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i).
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan
  5. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Geran Bantuan Pelajar dan Bantuan Prihatin Pelajar Siswa/i ini, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.