Advertisements

Golongan M40 Kini Boleh Dapat Pinjaman PTPTN Sehingga 100%

Advertisements

Golongan M40 kini boleh dapat pinjaman PTPTN sehingga 100%. Ianya merupakan kenaikan sebanyak 25%.

Pengumuman tersebut dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pinjaman sebanyak 100% itu bagi mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa terutamanya dalam golongan M40.

Baca juga: Permohonan Bantuan One-Off Belia Terengganu RM150

Lain-lain Bantuan Kepada M40

Pinjaman Laptop

Perdana Menteri juga mengumumkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40.

Inisiatif ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik menerusi komputer riba yang disediakan.

Jualan Murah Keluarga Malaysia Peringkat IPT

Satu lagi inisiatif yang diumumkan adalah Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap institut pengajian tinggi (IPT).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Program ini diperluaskan di setiap IPT bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat IPT ini akan dijalankan mulai Oktober 2022, selepas mahasiswa kembali menyambung pengajian untuk semester baharu.

Sumber: Bharian

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.