Program Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) atau GSS merupakan program tahunan oleh SKUM di mana SKUM menyalurkan sumbangan kewangan bagi pelaksanaan aktiviti, program atau projek berkaitan bidang berkaitan Kebudayaan dan keutamaan UNESCO di peringkat Kebangsaan.
Untuk makluman, SKUM merupakan suruhanjaya yang ditubuhkan pada 7 Julai 1966 selaku titik rujukan dan penghubung di antara Malaysia selaku anggota UNESCO dengan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam memajukan bidang pendidikan, sains, kebudayaan, komunikasi dan informasi di peringkat nasional dan serantau.
Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia dalam melaksanakan program dan aktiviti berteraskan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan termasuklah mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) menjelang tahun 2030.
Tarikh tutup permohonan geran ini adalah pada 9 Januari 2023.
Peruntukan Yang Tidak Akan Diluluskan
Permohonan yang mana tidak akan diluluskan adalah seperti berikut:
- Pembelian aset dan projek infrastruktur;
- Pembayaran emolumen (contoh: elaun Pembantu Penyelidik, enumerator dan lain-lain)
- Tuntutan perjalanan dan penginapan.
- Hadiah pertandingan dan bayaran saguhati peserta.
- Perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan geran ini adalah seperti berikut:
- Keutamaan permohonan diberikan kepada non-governmental organisation (NGO), civil society organisation (CSO) serta persatuan/kelab berkaitan UNESCO seperti ASPnet, Kelab UNESCO, UNESCO Chair dan lain-lain.
- Permohonan dibuat melalui JKT SKUM, mengikut skop bidang tugas kementerian.
- Program berasaskan penyelidikan persendirian adalah tidak dibenarkan.
- Pemohon wajib menyatakan secara khusus pencapaian SDG terlibat (contoh: SDG 4, SDG Target 4.7, SDG Indicator 4.7.1) terutamanya yang berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO.
- Keutamaan permohonan adalah kepada program yang mempunyai impak jangka masa panjang dan penglibatan masyarakat.
- Tempoh program yang dipohon adalah tidak melebihi 6 bulan.
- Program yang dipohon perlu menyatakan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan (sekiranya ada).
- Pemohon perlu mengemukakan profil pertubuhan/institusi serta maklumat tambahan (sekiranya berkaitan).
- Mengemukakan salinan penyata bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank persendirian adalah tidak dibenarkan.
- Permohonan perlu menggunakan format Borang Permohonan yang telah disediakan dan disokong oleh JKT yang berkaitan. Kertas kerja yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan https://www.motac.gov.my/pengumuman/program-geran-sumbangan-suruhanjaya-kebangsaan-unesco-malaysia-skum-tahun-2023?fbclid=IwAR0QjHfmmMhn9oo5h15V-NHBoWUc01WfPP1QVFHG2Jet5DSPGcAipF2x8ww.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan melalui email ke alamat [email protected] dan salinan kepada [email protected].
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai GSS 2023, sila layari laman web https://www.motac.gov.my/pengumuman/program-geran-sumbangan-suruhanjaya-kebangsaan-unesco-malaysia-skum-tahun-2023?fbclid=IwAR0QjHfmmMhn9oo5h15V-NHBoWUc01WfPP1QVFHG2Jet5DSPGcAipF2x8ww.