guru interim dini tahfiz

Permohonan Jawatan Kosong Guru Interim Dini & Tahfiz SMK 2019

Kepada anda yang berminat untuk menjadi seorang Guru Dini / Guru Tahfiz di sekolah menengah, permohonan jawatan kosong guru interim Dini & Tahfiz telah dibuka bermula hari ini 11 Mac hingga tarikh tutup 17 Mac 2019.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di portal myINTERIM.

Tempoh interim selama 3 tahun.

Calon yang lulus akan menerima gaji RM2,149.03 beserta elaun dan bonus penjawat awam seperti berikut:

  • Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bayaran Insentif Pedalaman
  • Elaun Balik Kampung
  • Elaun Perumahan Wilayah, dan banyak lagi
  • Cuti Sakit
  • Cuti Penggal Bergaji Penuh
  • Cuti Rehat Khas
  • Rawatan perubatan & pergigian di Hospital Kerajaan

Baca juga: Permohonan Progam Guru Lepasan SPM PISMP 2019 Kini Dibuka!

Syarat Permohonan Guru Interim Dini & Tahfiz

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan asas bagi memohon jawatan guru dini / guru tahfiz secara interim di SMK 2019.

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50 atau yang setara dengannya;
  • Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para 2.4.2.;
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Bagi calon lepasan IPTS, anda perlu mendapatkan sijil pengiktirafan ijazah (MQA) yang boleh dimuat turun di laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online di http://apps-ach.net/myINTERIM/ bermula 11 Mac 2019.

Pemohon yang diterima perlu menduduki Ujian Psikometrik sebelum ditemuduga.

Semakan status panggilan temuduga boleh dibuat bermula 25 Mac di portal yang sama.

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 1 Mei dianggap tidak berjaya.

Status permohonan akan diumumkan pada 22 April.

Penempatan guru interim ke sekolah-sekolah akan dibuat bermula 17 Jun 2019.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini , sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-83217200/7300

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.