Advertisements

Guru KAFA Bersalin Dapat Elaun RM1,000

Advertisements

Mulai tahun 2022, setiap guru KAFA yang sedang cuti bersalin selama 60 hari akan mendapat elaun penuh RM1,000 berkuatkuasa Januari lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan juga Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zakarin Othman.

Baca juga: CanSEL 2022, Solusi Penjagaan Pesakit Kanser Untuk Rakyat Selangor

Menurut Zakarin Othman, JAKIM sudah memaklumkan perkara ini kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari 2022.

Pembayaran elaun itu adalah usaha kerajaan menjaga kebajikan guru KAFA wanita sepanjang kontrak mereka berkuat kuasa dengan agensi pelaksana KAFA negeri.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.