Advertisements

Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2022 Yayasan Terengganu

Advertisements

Yayasan Terengganu mempelawa pelajar-pelajar lepas SPM, STPM dan STAM 2021 yang memperoleh keputusan cemerlang untuk memohon Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021.

Program ini diadakan adalah untuk memberi insentif serta pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dari kalangan anak-anak negeri Terengganu Darul Iman di Peringkat UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM sama ada yang belajar di dalam (semua kategori) ataupun di luar negeri Terengganu (kategori SPM shj).

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai anugerah kecemerlangan ini.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021 adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:
    – Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)
    – Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)
    – Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtaz
  2. Ibu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atau
  3. Ibu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu;
  4. Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan boleh membuat permohonan menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/
  2. Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.

Baca juga: Permohonan Pencen Rakyat Terengganu 2022

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa permohonan:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Kad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa bukan rakyat Terengganu yang telah disahkan.
  3. Keputusan peperiksaan SPM atau STPM atau STAM yang disahkan.

Tarikh Permohonan

Pelajar yang layak boleh membuat permohonan mulai 23 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.