Advertisements

Harga Ayam Dan Minyak Masak Botol Naik Mulai 1 Julai

Advertisements

Harga ayam dan minyak masak botol dijangka akan naik mulai 1 Julai ini. Senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling dan juga penarikan balik pemberian subsidi.

Kenaikan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram bagaimanapun tidak akan berlaku minyak masak paket satu kilogram kerana pemberian subsidi masih diteruskan.

Baca juga: SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ RM300 Sebulan Untuk Bukan Pencarum PERKESO

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi kepada harga minyak masak botol sepatutnya secara sementara iaitu untuk tiga bulan sahaja tetapi dilanjutkan sehingga ke 1 Julai nanti.

Kenaikan harga ayam juga dijangka berlaku disebabkan oleh penarikan pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Kerajaan juga tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 dan menjadikan harga ayam bergantung kepada pasaran.

Susulan kenaikan harga ayam dan minyak masak botol ini, kerajaan memberi jaminan untuk akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.