Advertisements

Harga Minyak Masak Bagi Tempoh 8 September-7 Oktober 2022

Advertisements

Seperti sedia maklum, harga minyak masuk diapungkan setelah subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022.

Bagi menangani kenaikan yang melampau, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan menetapkan harga maksimum secara bulanan.

Harga harga maksimum minyak secara bulanan ditetapkan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Oleh itu, harga maksimum minyak masak akan berubah setiap bulan.

Terbaharu, harga minyak masak bagi tempoh 8 September hingga 7 Oktober 2022 dilihat menurun daripada sebelum ini.

Bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada.

Baca juga: 3 Inisiatif Terbaharu Daripada Kerajaan Negeri Selangor

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Harga Baharu Maksimum

Berikut harga minyak masak terkini dari 8 Sept hingga 7 Okt 2022:

  • 1 kg : RM7.50 ( – 20 sen)
  • 2 kg : RM14.30 ( – 40 sen)
  • 3 kg : RM21.10 ( – 60 sen)
  • 5 kg : RM33.50 ( – RM1.20)

Untuk makluman, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.

Laporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 Kg melebihi harga kawalan.

Kaunter Aduan

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.