Advertisements

Harga Minyak Sawit Botol Akan Dijual Pada RM34.70 Mulai 8 Ogos

Advertisements

Harga minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bermula 8 Ogos ini.

Berikut merupakan kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini pada Isnin.

Baca juga: MPS Beli Minyak Masak Terpakai Dengan Harga RM1.50 Sekilogram

Annuar berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.

Penentuan harga yang dibuat pada hari pertama setiap bulan, jadi penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian

Ini bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements