Advertisements

Harga Siling Baharu Ayam Dilaksana Mulai Julai

Advertisements

Jika sebelum ini isu harga ayam dikatakan akan diapungkan dan kemudian dikekalkan untuk diapungkan, kerajaan hari ini mengumumkan harga siling terbaharu bagi bagan mentah ayam.

Rentetan daripada keluhan harga bahan mentah dan keperluan asas yang semakin meningkat, kerajaan bersetuju untuk meneruskan subsidi bagi daging ayam dan telur ayam

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kedua-dua harga daging ayam dan telur ayam ini adalah membabitkan Semenanjung.

Keputusan ini juga telah mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

Harga Siling Ayam & Telur

I) AYAM

Harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

II) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements