Advertisements

Harga Terbaru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022

Advertisements

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengumumkan kenaikan harga barangan produk mereka berkuat kuasa mulai 1 September 2022 ini.

Gardenia menjelaskan kenaikan itu dibuat disebabkan banyak faktor antaranya ialah kenaikan harga rantaian bekalan akibat krisis global yang berlaku ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

Selain itu, katanya, bencana banjir melanda Shah Alam pada Disember tahun lalu, serta pelaksanaan gaji minimum berkuat kuasa 1 Mei lalu memberikan kesan ketara kepada kos operasi.

Baca juga: Permohonan Bantuan OKU Kerajaan Negeri Terengganu

Senarai Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022

Berikut merupakan senarai penuh harga baharu produk Gardenia mulai 1 September:

  • Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
  • Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
  • Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
  • Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2.00
  • Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50
  • Roti Krim Gardenia daripada RM1.00 kepada RM1.10
  • Roti Gardenia Bonanza Keluarga kekal pada harga RM2.75 sebuku.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.