Advertisements

Harga Tiket Dinosaur Encounter Zoo Melaka 2021 (Terkini)

Advertisements

Dinosaur Encouter Zoo Melaka merupakan tarikan terbaharu terdapat di Zoo Melaka yang kini semakin popular sejak pembukaan sempadan dan pemansuhan PKP tahun ini.

Walaupun telah dirasmikan pada 25/12/2020 (Jumaat) iaitu pada Hari Krismas 2020 tahun lepas lagi. Ianya sangat istimewa kerana menampilkan haiwan-haiwan yang telah pupus untuk tatapan semua pengunjung Zoo Melaka, terutamanya anak-anak kecil yang minati dinosaur.

Apa Yang Menarik Di Dinosaur Encounter?

Dengan keluasan tapak 5 ekar di dalam taman hutan ini, Dinosaur Encouter Zoo Melaka menawarkan lebih dari 100 spesis, 150 dinosaur bersaiz 1:1 dipamerkan. Ianya menjadikan Dinosaur Encounter sebuah taman interaktif dinosaur terbesar di Asia Tenggara.

Selain itu, di sini anda boleh juga mempelajari spesis dinosaur dan pelbagai aktiviti dan tarikan lain di sini seperti

  • Valley of Light,
  • Ice Age Park,
  • Galeri Fosil,
  • Persembahan Dinosaur ,
  • Photobooth,
  • Content Educational,
  • Guided Tour,
  • Kedai Barangan Cenderahati,
  • VR Games,
  • Dinosaur Ride dan lain-lain permainan.
  • Dino Cafe juga ada disediakan untuk keluarga berehat sambil melayan anak-anak.

Apa yang lebih menarik ialah di sini terdapat sebuah taman yang berkonsepkan ‘avatar’ yang bakal memukau mata anda sekiranya anda melawati taman ini pada waktu malam.

Harga Tiket Masuk Dinosaur Encounter Zoo Melaka

Harga tiket masuk bagi warganegara Malaysia adalah seperti berikut:

  • RM38 (dewasa)
  • RM31 (kanak-kanak / warga emas)
  • Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah percuma.
  • Kemasukan warga emas hanya berlaku untuk warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Sila kemukakan MyKad anda di Kaunter Tiket.
  • Harga sudah termasuk GST dan Cukai Hiburan.

Baca juga: PDRM-Diskaun Saman Trafik 80% Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Beli Tiket Online Dinosaur Encouter Zoo Melaka

Anda juga boleh membeli tiket Dinosaur Encounter Zoo Melaka secara online dengan merujuk kepada link di bawah ini:

http://www.zoomelaka.gov.my/ticketing.html.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan info terkini sila rujuk dari laman web rasmi mereka dan saluran media sosial berikut:

Facebook: Dinosaur Encounter / Zoo Melaka & Taman Burung

Untuk pembelian korporat, pelajar, kumpulan atau tiket khas, sila hubungi kami di [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.