Advertisements

Hidung Anak Kerap Berdarah? Ini Tindakan Segera Ibubapa

Advertisements

Pernah tak berlaku pendarahan hidung secara tiba-tiba pada anak? Bila anak dalam keadaan sihat dengan secara tiba-tiba hidung anak berdarah pastinya membuatkan ibu merasa panik kan? Lagi-lagi ianya berlaku pada anak yang berumur sekitar 5 hingga 12 tahun.

Bagi kanak-kanak masalah itu bukan sesuatu yang asing, namun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa.

Ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Dr Ezairy mengenai pendarahan hidung ini.

Punca Hidung Berdarah

Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Dr Ezairy, punca terjadinya hidung berdarah adalah disebabkan masalah sinus atau resdung.

“Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.

Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan di rongga hidung atau Epistaksis amat mudah berlaku.

Epistaksis berlaku apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering, menghembus hidung dengan kuat, terlalu kerap bersin, jangkitan sinus dan kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung selain dalam kes jarang berlaku seperti tekanan darah tinggi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: 5 Cara Mengawal Penurunan Darah Tinggi Daripada Meningkat Naik

Tindakan Segera Perlu Diambil

Jika ia berlaku, ibu bapa perlu mengambil tindakan segera. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah:

  1. Bertenang dan jangan panik.
  2. Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit.
  3. Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan.
  4. Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya!
  5. Letakkan ais di dahi pesakit untuk membantu mengurangkan pendarahanJika semua langkah di atas tidak menghentikan pendarahan. Bawa ke hospital dengan segera.

Walapun keadaan ini selalunya tidak berbahaya tetapi sebagai ibubapa kena juga sentiasa waspada kerana faktor darah hidung ini kadangkala merupakan gejala untuk sesuatu pesakit yang lebih serius.

Hidung anak berdarah setiap hari juga perlu diberi perhatian walaupun hidung berdarah sedikit saja. 

Sumber: Dr Ezairy

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.