Advertisements

Honda Malaysia Tawar Diskaun 25% Untuk Pelanggan Terjejas Banjir

Advertisements

Bagi membantu pelanggan Honda yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Honda Malaysia telah melancarkan satu program bantuan banjir.

Diskaun sebanyak 25 peratus ke atas alat ganti tulen akan diberikan kepada pelanggan Honda yang keretanya ditenggelami banjir.

Baca juga: Cara Mohon Insuran Bencana Alam Untuk Kenderaan

Program Bantuan Banjir yang di lancarkan oleh pihak Honda Malaysia ini akan berlansung sehingga 31 Januari 2022. Bagi pelanggan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana wakil pengedar sah Honda yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan dan penilaian.

Disamping itu, pelanggan Honda yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) boleh menikmati pemeriksaan percuma bagi kereta mereka untuk memastikan kereta selamat dipandu dan berfungsi dengan baik, terutama sekali selepas terjejas banjir.

Selain itu, perkhidmatan tunda ke pusat pengedaran Honda sah yang terdekat akan diberikan secara percuma serta elaun banjir sebanyak RM 1,500 juga turut diberikan kepada pelanggan HiP bagi meringankan beban yang ditanggung.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-202.png

Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans bagi mempercepatkan proses tuntutan untuk pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Bantuan Banjir Honda Malaysia dan HiP, layari laman sesawang rasmi Honda Malaysia atau hubungi talian bebas tol iaitu 1-800-88-2020 .

Sumber: Honda Malaysia

Baca juga: Permohonan LZS Peduli: Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.