Advertisements

HouzKEY Maybank: Pembelian Rumah Lebih Mudah

Advertisements

Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Rumah juga antara salah satu asset yang disarankan untuk dibeli pada peringkat awal pekerjaan.

Namun begitu tidak semua orang mampu memiliki rumah sendiri. Antara penyebabnya ialah tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang sebagai deposit.

Sebenarnya, jika anda seorang pembeli rumah pertama anda layak mendapatkan pinjaman seratus peratus berbanding rumah kedua.

HouzKey Maybank antara salah satu saluran bagaimana anda boleh dapatkan rumah tanpa perlu mengeluarkan wang tunai sebagai deposit.

Baca juga: Lanjutan Moratorium 3 Bulan Secara Automatik Bermula Disember

Apa itu HouzKEY Maybank?

HouzKEY ialah cara baharu untuk memiliki rumah idaman anda. Ia memberikan fleksibiliti dan aliran tunai yang lebih efisien, direka khas untuk membantu mereka yang berhasrat menjadi pemilik rumah tetapi tidak mampu kerana kos deposit yang tinggi.

Kelebihan HouzKEY Maybank

  • Pembiayaan 100% Penuh – Dapatkan pembiayaan penuh tanpa bayaran pendahuluan diperlukan
  • Tiada Bayaran Semasa Pembinaan – Kami membantu membiayai kos semasa pembinaan.
  • Bayaran Bulanan TERENDAH – Nikmati bayaran bulanan terendah dengan kadar terbaik.

Baca juga: e-Payroll KWSP: Sistem Penggajian & Caruman Pekerja Percuma

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kriteria Kelayakan

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 – 70 tahun semasa membuat permohonan.
  • Pemohon TIDAK mempunyai lebih daripada satu (1) pembiayaan rumah semasa membuat permohonan.
  • Anda boleh memasukkan sehingga tiga (3) penjamin untuk meningkatkan kadar kejayaan permohonan HouzKEY anda.

Cara Memohon HouzKEY Maybank

Log masuk ke www.maybank2own.com dan cari rumah pilihan anda.

Anda kemudian boleh menghantar permohonan dalam talian anda dengan mengklik butang Apply Now di halaman hartanah.

Anda juga boleh mendaftar Interest anda dengan mengklik Register Interest.

Maklumat Lanjut

  • E-mel kami di [email protected]
  • Hubungi HouzKEY Maybank melalui webchat di maybank2own.com (tidak termasuk hujung minggu & cuti umum)
  • Hubungi HouzKEY Maybank di talian 03-2070 8833 sambungkan ke 11612

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements