Advertisements

HPIPT 2022: Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT

Advertisements

Hadiah Pengajian IPT (HPIPT 2022) kini kembali lagi untuk tahun ini. Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) kini dialu-alukan untuk memohon.

Inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor ini memperuntukkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah atau B40.

Matlamat pemberian inisiatif ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS.

Ini secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang.

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang ingin memohon, syarat kelayakan boleh dirujuk seperti di bawah:

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor; atau                            
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan 
  9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

NOTA:

*Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon HPIPT 2022

  1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
  2. Pemohon diminta untuk melengkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS beserta dokumen sokongan.
  3. Salinan asal borang beserta dokumen sokongan tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Dokumen Sokongan

Sediakan dokumen di bawah

  1. Sijil Kelahiran
    •  Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
  2. Kad Pengenalan
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon;
    • Salinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal dunia;
    • Salinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitan; dan
    • Surat Akuan Sumpah sekiranya berkaitan;                                 
  3. Surat Pengesahan Pemastautin                                                   
    • Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja);
  4. Surat Tawaran
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;                       
    • Sijil Berhenti Sekolah
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5);         
  5. Penyata Pendapatan atau Pengesahan Pendapatan
    • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
    • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /   Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /   Pengerusi KRT; atau
    • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)   
  6. Salinan Penyata Akaun Bank (Pemohon)

Tarikh Permohonan HPIPT 2022

Tarikh permohonan dibuka bermula 1 hingga 31 Mac 2022.

Semakan Status Permohonan

Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan HPIPT; http://hpipt/selangor.gov.my.

 

Proses Bayaran

  1. Hanya permohonan yang MENEPATI SYARAT dan didapati LENGKAP sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
  2. Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
  3. Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
  4. Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran satu (1) bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
Web : http://hpipt.selangor.gov.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.