Advertisements

Hari Sukan Negara (HSN) 2023: Tema Sambutan & Senarai Aktiviti

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan salah satu agenda nasional yang disambut secara tahunan di seluruh negara, dan di Malaysia ia disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.

Hari Sukan Negara ini disambut dan diraikan bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup dalam kalangan rakyat negara ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Sambutan Hari Sukan Negara 2023 ini, anda boleh teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini.

Objektif HSN

Berikut merupakan Objektif sambutan HSN ini:

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
  2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum.
  3. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  4. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
  5. Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi

Tema Hari Sukan Negara

Bagi sambutan untuk tahun 2023 ini, tema yang diberikan sempena Hari Sukan Negara Malaysia adalah #FitMalaysia.

Tarikh Pelaksanaan HSN

Sambutan Hari Sukan Negara 2023 ini akan bermula pada 13 Oktober 2023 iaitu pada hari Jumaat sehingga 15 Oktober 2023 (ahad). Namun begitu perasmian bagi HSN di peringkat kebangsaan akan dilakukan pada 14 Oktober 2023 bersamaan dengan hari Sabtu.

Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 ini akan dijalankan di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada pukul 6:30 pagi dan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Bagi anda yang ingin menyertai Hari Sukan Negara 2023 ini namun tidak mempunyai peralatan sukan anda boleh mendapatkannya di sini.

Senarai Aktiviti & Acara

Bagi meraikan Hari Sukan Negara tahun 2023 ini, pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh pihak bertanggungjawab bermula daripada 13 Oktober 2023 (Jumaat) sehingga 15 Oktober 2023 (Ahad).

Berikut merupakan senarai aktiviti dan acara yang boleh anda sertai sempena HSN 2023 ini:

HSN-1
HSN-2
HSN-3
Hari-Sukan-Negara-5
Hari-Sukan-Negara-6
Hari-Sukan-Negara-7

Lokasi Sambutan HSN

Bagi anda yang berminat untuk menyertai sambutan Hari Sukan Negara 2023 ini anda boleh pergi ke lokasi di bawah mengikut kawasan tempat tinggal anda:

Lokasi HSN

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat lanjut tentang HSN 2023 ini anda boleh mendapatkannya melalui di laman rasmi Hari Sukan Negara ATAU anda boleh mendapatkannya di Facebook JBSNegara.

Anda juga boleh membaca dokumen yang disediakan pihak Kementerian Belia dan Sukan di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Hari Sukan Negara ini. :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: