hukuman yang dilarang kpm

Senarai Denda & Hukuman Yang Dilarang KPM Ke Atas Pelajar Sekolah

Kes Cikgu Azizan mendapat perhatian ramai. Ada yang menyokong tindakan beliau malah ramai juga yang mengecam. Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan senarai denda & hukuman yang dilarang KPM ke atas pelajar-pelajar sekolah.

Ibu bapa, para pelajar dan cikgu-cikgu diminta beri perhatian supaya kes yang sama tidak berulang kembali.

Pastikan anda baca juga: Bagaimana Memohon Bantuan Persekolahan 2018

Hukuman Yang Dilarang KPM

Berikut adalah denda dan hukuman yang dilarang KPM.

A. Hukuman Terhadap Fizikal

  • Berdiri lama di tengah panas
  • Lari keliling padang
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri
  • Berdiri di atas kerusi atau meja
  • Menarik rambut atau telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
  • Junjung kerusi/buku
  • Cubit/enjut/ketuk ketampi/mendada/ketuk/sekel kepala

B. Hukuman Terhadap Mental & Emosi

  • Gunting rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan di badan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan
  • Mengugut atau mengertak murid
  • Tidak menghiraukan murid
  • Tidak menanda buku latihan

Apa Pendapat Anda?

Selepas membaca larangan-larangan denda yang tidak boleh dikenakan kepada pelajar, barulah kita sedar susah juga jadi guru.

Apa pendapat anda pula?

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...