Advertisements

i-Biaya Tawar 3 Skim Pembiayaan Pembelian Rumah

Advertisements

INISIATIF Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) di bawah Program Pemilikan Kediaman (HOPE) memberi peluang kepada golongan belia terutama pekerja ekonomi gig untuk memiliki kediaman.

Inisiatif itu menawarkan akses pembiayaan menerusi Cagamas Berhad, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan skim sewa untuk beli dengan PR1MA.

Pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukakan penyata gaji yang kebiasaannya menjadi syarat utama dalam proses pemilikan kediaman.

Pembiayaan melalui i-Biaya yang ditawarkan adalah 110 peratus meliputi pembiayaan bagi membayar deposit rumah.

Peranan i-Biaya

Terdapat 3 peranan utama inisiatif ini iaitu untuk:

  • Menyediakan pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.
  • Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah pertama.
  • Menyediakan khidmat nasihat/konsultasi/kaunseling dalam pengurusan kredit.

Skim Pembiayaan Yang Ditawarkan

Terdapat 3 skim pembiayaan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini iaitu:

i) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

SKJP adalah skim yang membantu pembeli rumah pertama daripada golongan tidak berpendapatan tetap mendapat pembiayaan perumahan.

ii) Skim Rumah Pertamaku (SRP)

SRP adalah skim yang membantu pembeli rumah pertama dalam kalangan M40 dan B40 untuk memiliki sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

iii) Skim Rent-To-Own (RTO)

Skim RTO merupakan skim pemilikan perumahan berkonsepkan sewa beli dan skim ini terbuka untuk semua unit PR1MA sedia ada.

Baca juga: i-Miliki Tawar Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pembelian Rumah

Cara Memohon

Untuk memohon ketiga-tiga skim tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

i) Permohonan SJKP

  1. Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki.
  2. Selepas itu, buat permohonan dan serahkan dokumen berkaitan kepada institusi kewangan terlibat.
  3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan ke SJKP bagi jaminan pelindungan.
  4. SJKP menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pelindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan).
  5. Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan SJKP.
  6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.

ii) Permohonan SRP

  1. Pemohon mencari rumah idaman dan mereka perlu mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempatan dan lain-lain.
  2. Semak kelayakan pembiayaan rumah di bawah SRP menerusi https://srp.com.my/bm/eligibility-criteria.
  3. Sediakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan penyata.
  4. Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP ke cawangan bank-bank yang terlibat.

iii) Permohonan RTO

  1. Buat akaun di https://www.prima.my.
  2. Pemilihan unit OTP sedia ada akan dikeluarkan.
  3. Pemohon mula membuat permohonan skim RTO bersama Maybank.
  4. Wakil Maybank akan menghubungi pemohon dan memproses permohonan tersebut.
  5. Maybank akan mengeluarkan keputusan permohonan skim RTO kepada pemohon.
  6. Perjanjian disediakan untuk ditandatangani.
  7. Pemohon akan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) antara pemohon dan PR1MA dan perjanjian Skim RTO antara pemohon dan Maybank.
  8. Pemohon menerima kunci rumah daripada PR1MA.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai i-Biaya, sila ajukan emel ke [email protected] atau hubungi nombor 03-8000 8000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements