Advertisements

i-Fitri B40 M40 : Bantuan Hari Raya 2022

Advertisements

Bersempena dengan Belanjawan Terengganu 2022 yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’, kerajaan Terengganu mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas dikalangan B40 dan sebahagian M40.

Bantuan kewangan tersebut bakal memanfaatkan seramai 115,000 penerima terdiri daripada 31,500 isi rumah miskin dengan bantuan bernilai RM400 dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

Bantuan yang bakal disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Kelayakan Dan Kadar Bantuan

Kelayakan dan kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Golongan B40 dan M40.
  2. RM400 kepada isi rumah miskin.
  3. RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

Tarikh Dan Cara Mohon i-Fitri 2022

Klik sini untuk memohon bantuan i-Fitri 2022.

Nota:
Tarikh permohonan masih belum dibuka buat masa ini.

Bantuan Lain Di Bawah Belanjawan Terengganu 2022

  1. Bantuan tunai ‘one-off ‘bernilai RM150 kepada 6,000 isteri ketua isi rumah berdaftar dengan e-Kasih dan ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500.
  2. Bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 kepada 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun dan 21,800 mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  3. Bantuan tunai one-off bernilai RM150 kepada 8,900 orang kurang upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,00 dan ke bawah.
  4. Bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 untuk Imam dan Bilal Skim Mubaligh kepada 150 penerima.
  5. Pemberian pencen rakyat warga emas bernilai RM600 kepada hampir 21,700 penerima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi kerajaan Terengganu di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

LINK: https://www.terengganu.gov.my/index.php/ms/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.