Advertisements

i-Miliki Tawar Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pembelian Rumah

Advertisements

i-Miliki merupakan satu insentif pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus bagi rumah pertama berharga RM500,000 menerusi inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia.

Manakala bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian adalah sebanyak 50 peratus.

Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat Bagi Golongan B40 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian insentif itu diberikan bagi pembelian rumah pertama secara peringkat.

Pengecualian akan diberikan kepada pembeli rumah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

Insentif ini merupakan salah satu komitmen kerajaan terhadap Keluarga Malaysia walaupun pengecualian duti setem ini akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara.

Usaha ini diambil menyedari pelbagai cabaran ekonomi sekali gus membantu rakyat memperkasakan agenda pemilikan kediaman dengan sasaran ‘Satu Keluarga Satu Rumah’.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements