Advertisements

I-PUSH: Pembiayaan Usahawan Mikro Pahang Sehingga RM10,000

Advertisements

Usahawan mikro di Negeri Pahang berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Skim I-PUSH merupakan inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta.

Skim yang dilaksanakan pada tahun 2022 dapat memanfaatkan lebih 2,500 penerima usahawan mikro yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Permohonan bagi I-PUSH boleh dibuat secara atas talian mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah antara RM3,000 sehingga RM10,000.

Jumlah pembiayaan ini ditentukan oleh Jawatankuasa Panel Pemilih Skim I-PUSH yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Pembayaran Balik

Bagi usahawan yang menerima pembiayaan ini, pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah diperkenalkan dalam skim I-PUSH iaitu untuk 5 tahun tempoh pembiayaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini termasuklah tahun pertama moratorium yang diberikan kepada usahawan tersebut.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi usahawan yang ingin memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Pahang.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Telah bermaustatin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun.
  4. Pemohon menjalankan perniagaan melebihi 1 tahun (sebelum atau pada Mac 2021).
  5. Syarikat pemohon telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  6. Mempunyai lesen perniagaan/permit sementara PB
  7. Pemohon tidak dalam kategori bankrap.
  8. Pemohon terdiri daripada golongan B40.
  9. Keutamaan diberikan kepada peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid19
  10. Konsep permohonan adalah first come, first serve.

Cara Memohon

Permohonan pembiayaan ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web https://smu.pahang.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai I-PUSH, sila layari laman web https://smu.pahang.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.