I-SEED atau Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-SEED) merupakan satu program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah tanggungjawab YB V Ganabatirau.
Ianya dimulakan pada tahun 2021 dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta oleh Kerajaan Negeri dan telah dimanfaatkan lebih 250 usahawan India di Selangor.
Melalui program ini, bantuan yang akan diberikan adalah berbentuk peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan bersama Pejabat Daerah/Tanah dan Ketua Komuniti India.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program I-SEED.

Baca juga: Bantuan RM1,000 Iltizam Mahasiswa Selangor Bagi Pelajar Dari B40
Jumlah Bantuan I-SSED
Mereka yang layak akan diberi bantuan peralatan maksimum RM10,000 dalam bentuk peralatan dan barangan perniagaan.
Syarat Kelayakan I-SEED
Antara syarat kelayakan memohon I-SEED adalah seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Berumur lebih 25 tahun
- Rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun
- Individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan
- Perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.
- Perniagaan perlu aktif dan konsisten
- Pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor.
Cara Memohon I-SEED
Permohonan boleh dibuat menerusi ketua komuniti atau ketua kampung masing-masing.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan ketua komuniti taman atau lawati Facebook I-SEED.