Advertisements

iBantuan Terengganu Bagi Ibu Tunggal, OKU Dan Pence Rakyat Secara One-Off

Advertisements

iBantuan Terengganu adaalah satu inisiatif Kerajaan Terengganu untuk membantu golongan OKU dan Ibu Tunggal serta warga emas meringankan bebanan kewangan.

Mereka yang layak mendapatkan iBantuan akan ditapis melalui Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat
pemohon.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai iBantuan Terengganu ini.

Kadar Bantuan

Wang tunai RM150 secara one-off akan diberikan kepada mereka yang layak.

Syarat Kelayakan iBantuan Terengganu

Syarat Umum

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu.
  4. Permohonan adalah secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Tunggal

  1. Terbuka kepada semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL.
  2. Penerima bantuan i-Fitri TIDAK LAYAK memohon.
  3. Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2500 sebulan.
  4. Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.

Syarat Kelayakan Bantuan OKU

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM
  2. Orang kurang upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas.
  3. Orang kurang upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan.
  4. Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan daripada JKM / PERKESO / MAIDAM

Syarat Kelayakan Pencen Rakyat

  1. Berumur 60 tahun dan ke atas pada 01/01/2022.
  2. Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon.
  3. Pemohon BUKAN pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM / MAIDAM / PERKESO atau mana-mana agensi kerajaan.
  4. Pendapatan ISI RUMAH PEMOHON di bawah RM2500 sebulan.
  5. Penerima Pencen Rakyat tahun 2021 layak untuk menerima semula pada tahun 2022 sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
  6. Permohonan baharu juga dibuka untuk pemohon yang layak.

Cara Memohon

Sila muat turun borang permohonan seperti dalam lampiran di bawah atau melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Baca juga: Biasiswa Khas Sagong Tasi Bagi Pelajar Orang Asli Selangor Di IPT

Tarikh Permohonan

Tempoh permohonan iBantuan Terengganu dibuka secara atas talian bermula 24 Ogos 2022 hingga 3 September 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai iBantuan Terengganu ini, sila layari pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.