Advertisements

Cara Ikrar Derma Organ Menerusi Aplikasi MySejahtrera

Advertisements

Individu yang ingin berikrar untuk menderma organ kini boleh berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi tersebut mulai 6 September 2022.

Bagi yang berminat, mereka boleh mengemaskini MySejahtera baharu (versi 2.0.5) dan membuat pendaftaran di aplikasi terbabit.

Situasi Derma Organ Di Malaysia

Menurut Global Observatory on Donation and Transplantation, kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap 1 juta populasi.

Selepas KKM membuka pendaftaran ikrar ini, sehingga jam 3 petang, 12 September 2022, terdapat lebih daripada 4,500 ikrar dibuat pada MySejahtera.

Secara puratanya, terdapat kira-kira 700 pengikrar penderma organ baharu sehari sejak ciri baharu ini diperkenalkan.

Proses Ikrar Derma Organ

Setiap ikrar yang dilakukan oleh individu melalui aplikasi MySejahtera akan terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Jika berlaku kes kematian mana-mana hospital dan dikenalpasti layak untuk menderma organ, perkara tersebut akan keluar di dalam sistem.

Walau bagaimanapun, individu dinasihatkan untuk memaklumkan kepada keluarga mereka berkenaan ikrar yang telah dilakukan bagi mememastikan mereka memahami ikrar ini.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Klik ‘Close’ untuk ke paparan utama.
  3. Klik ‘Thing To Know; dan ‘Jom Ikrar Derma Organ.’
  4. Kemudian, klik link diberikan
  5. Lengkapkan borang pendaftaran.
  6. Klik butang ‘Hantar’
  7. Tunggu kad di pos ke alamat diberikan.

Penarikan Ikrar

Walaupun ikrar telah dibuat, setiap ikrar yang dilakukan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Untuk menarik balik ikrar, sila hantar email ke alamat [email protected]

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai derma organ, sila layari laman web https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/rekod-kesihatan-di-mysejahtera/derma-organ/soalan-lazim.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.