Advertisements

imSME: Platform Rujukan Pembiayaan Pinjaman PKS Malaysia

Advertisements

Bagi memudahkan usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendapatkan pembiayaan, pembiayaan pinjaman kini boleh didapati menerusi imSME.

imSME adalah platform rujukan pembiayaan pinjaman PKS yang pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad yang dilancarkan pada Februari 2018.

Menerusi platform ini, pemohon akan dipadankan keperluan kewangan perniagaan dengan produk pembiayaan/pinjaman bersesuaian yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.

Institusi kewangan kemudiannya akan menghubungi pemohon untuk menawarkan pembiayaan yang bersesuaian.

Produk Yang Ditawarkan

Produk pembiayaan pinjaman yang ditawarkan adalah tanpa jaminan kepada usahawan PKS.

Senarai produk pembiayaan pinjaman boleh dirujuk melalui pautan https://imsme.com.my/portal/produk/.

Jenis Industri/Sektor Perniagaan

Semua PKS adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan imSME terutamanya:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Perdagangan borong, runcit, restoran dan hotel
  • Perkhidmatan kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan
  • Pembuatan
  • Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
  • Pembinaan
  • Perkhidmatan masyarakat, sosial dan persendirian
  • Pertanian, pemburuan, perhutanan dan perikanan
  • Elektrik, gas dan air
  • Perlombongan dan kuari
  • Perkhidmatan lain

Jenis Syarikat Perniagaan

Terdapat 5 jenis perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan pinjaman melalui imSME iaitu:

  • Perniagaan milik tunggal
  • Perkongsian
  • Perkongsian liabiliti terhad
  • Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
  • Individu (dengan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan)

Cara Memohon

Usahawan yang berminat untuk memohon pembiayaan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://imsme.com.my/portal/bm/.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Isi maklumat pembiayaan dan klik butang ‘seterusnya.’
  4. Isi maklumat perniagaan dan klik butang ‘seterusnya.’
  5. Buat pengesahan dan klik butang ‘seterusnya.’
  6. Pilih padanan pembiayaan yang sesuai.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai imSME, sila hubungi pihak Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad di talian 03-7880 0088.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.