Advertisements

Ini Cara Ajar Anak Buat Kerja Rumah Mengikut Peringkat Umur

Advertisements

Kerja mengemas rumah memang memenatkan namun akan jadi seronok jika ada pembantu. Adakalanya nak harapkan anak kecil membantu, makin bersepah dibuatnya.

Sebab itu ada sesetengah ibubapa, sebolehnya tak mahu anak membantu semasa mengemas rumah kerana merasa anak-anak akan ‘menambah kerja’ dari mengurangkannya.

Namun begitu, pernahkah anda mendengar pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi jika mahukan anak-anak membesar menjadi rajin mengemas rumah, perlulah melatih mereka sejak kecil.

Hanya bagi kerja ringan yang mudah dan buat bersama-sama supaya timbul keseronokan dalam diri anak-anak semasa mengemas.

Melalui artikel kali ini kami kongsikan cara ajar anak buat kerja rumah mengikut peringkat umur berdasarkan tulisan Dr Taufiq Razif.

Baca juga:

Baru Ini geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun Itu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi apabila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu itu dengan muka yang tidak bersalah langsung! Geram rasa tapi tahan sahaja. Saya tidak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Apabila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya itu untuk serap air susu. Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu itu! Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ini kot.

Mujur saya tidak larang dia buat ‘ benda pelik itu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya itu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!

Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.

Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah;

Umur 2-3 tahun :

  • Lap air yang tumpah
  • Sapu habuk
  • Letak baju dalam bakul sebelum mandi
  • Simpan mainan selepas digunakan

Umur 4-5 tahun :

  • Kemas tempat tidur
  • Sidai tuala di tempatnya
  • Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
  • Siram pokok bunga
  • Semua kerja yang umur 2-3 tahun itu buat

Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tidak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.