Advertisements

Ini Respon MYDIN Susulan Kes Pecah Masuk Kedai

Advertisements

Umum ketahui negara kini sedang dilanda banjir kilat. Kawasan yang terjejas teruk adalah di kawasan Lembah Klang, Pahang dan Kelantan.

Akibat daripada itu, ramai yang terperangkap akibat banjir terputus hubungan dengan kawasan luar dan tiada sumber makanan ekoran kedai-kedai makanan juga ditenggelami air.

Baru-baru ini tular di media sosial satu insiden pecah masuk ke premis gedung pasaraya besar MYDIN. Insiden terbabit mendapat perhatian Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.

“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah mauk ke premis Mydin Mart yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Beliau menyatakan rasa simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Beliau turut memohon rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa terselamat dan bencana banjir dan pandemik pulih seperti biasa.

Rata-rata rakyat Malaysia memuji tindakan pihak MYDIN dan turut mendoakan kejayaan Mydin dalam perniagaan mereka.

Sumber: Mydin Malaysia.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.