Advertisements

Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 Buat Guru Dibayar Mac

Advertisements

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dibayar Mac ini.

Insentif ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan buat guru yang bertungkus lumus menjayakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Ianya bakal memanfaatkan kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah KPM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Insentif Alat Bantuan Mengajar ini:

Syarat Kelayakan

Pemberian insentif adalah LAYAK kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Institusi Pendidikan KPM seperti berikut:
    • Prasekolah (termasuk Pusat Anak Genius Negara dan Pusat Genius Kurnia), Sekolah Reendah dan Sekolah Menengah
    • Kolej Vokasional
    • Kolej Tingkatan 6
    • Kolej Matrikulasi
    • Institut Pendidikan Guru
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 ke bawah yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah KPM
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajra di Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney

Pembayaran ini TIDAK LAYAK diberikan kepada:

  1. Lantikan MyStep
  2. Guru SABK lantikan Kerajaan Negeri
  3. Guru lantikan pada atau selepas 1 Januari 2022
  4. Guru yang bercuti bergaji penuh sepanjang tahun 2021
  5. Guru yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2021
  6. Guru yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2021
  7. Guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
  8. Guru yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan.

Baca juga: Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk B40

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat pada Mac 2022 ini di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements