Advertisements

Insentif Generasi Muda Selangor, Bantuan Perkahwinan Selangor

Advertisements

Kenaikan harga barang bukan sahaja memberi kesan kepada kepada mereka yang sudah berkeluarga malah juga bakal pengantin.

Justeru itu, kerajaan negeri Selangor prihatin terhadap bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga dengan mewujudkan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems).

Insentif ini bukan sahaja memberi bantuan kewangan, malah dipenuhi dengan program pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan. 

Kadar Insentif

Insentif yang diberikan adalah berbentuk Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  1. Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja
  2. Warganegara Malaysia
  3. Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
  4. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)
  5. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
  6. Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  7. Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
  8. Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  9. Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)

Cara Menebus Insentif

Berikut merupakan tatacara menebus insentif BCP

  1. Pasangan bakal suami dan isteri perlu hadir khusus perkahwinan dan menamatkan modul kursus yang dilaksanakan.
  2. Baucer Cenderahati Premium (BCP) akan diserahkan kepada penerima pada hari kursus.
  3. Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

Baca juga: Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir & Miskin MAIM

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon iGEMS

Permohonan iGMES boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web IGEMS di alamat https://yawas.my/igems.php

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang rasmi YAWAS.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements