Advertisements

Permohonan Insentif Khas Pasangan Pengantin Negeri Pahang

Advertisements

Jabatan Agama Islam Pahang telah menyediakan satu insentif khas kepada pasangan pengantin di negeri tersebut iaitu Insentif Khas Pasangan Pengantin.

Insentif Khas Pasangan Pengantin ini disediakan khusus kepada pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000 dan ke bawah.

Matlamat insentif khas ini diwujudkan adalah untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah untuk mendirikan rumah tangga di Negeri Pahang.

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan yang disediakan dengan segera.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:

  1. Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  2. Pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  3. Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif ini.
  4. Untuk perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang (Kebenaran Luar Negeri (KBLN).
  5. Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  6. Bagi perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  7. Bagi pemastautin di Negeri Pahang, mereka mestilah sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  8. Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif ini.
  9. Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Pemohon Tidak Layak Memohon

Pemohon yang berada dalam kategori ini tidak layak memohon:

  1. Poligami.
  2. Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah).
  3. Nikah tanpa kebenaran.
  4. Kedua pasangan bukan asal Pahang.
  5. Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://emunakahat.pahang.gov.my/fail/borangikpp.pdf.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama islam daerah masing-masing.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  2. 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  3. 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Insentif Khas Pasangan Pengantin, sila layari laman web https://emunakahat.pahang.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.