Advertisements

Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 FELCRA

Advertisements

Program Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 FELCRA dibuka untuk permohonan kepada anak staf, anak atau cucu peserta, anak tiri atau anak angkat.

Insentif ini akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Insentif ini sebagai tanda menghargai anak warga dan peserta FELCRA yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2021 dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.

Selain itu, insentif ini sebagai galakan kepada lebih ramai anak warga dan peserta FELCRA untuk cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenari insentif ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Anak staf, anak atau cucu peserta, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan.
  2. Kelayakan kepada lepasan SPM 2021 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.
  3. Permohonan perlu dibuat secara atas talian.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Klik pautan permohonan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 FELCRA.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan program insentif ini.

Baca juga: Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah Tahun 2022

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut disenaraikan dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan:

  1. Salinan slip keputusan SPM 2021.
  2. Salinan surat tawaran ke IPT.
  3. Salinan resit/bukti bayaran yuran pengajian.
  4. Salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat (jika berkaitan).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Kawasan FELCRA yang berhampiran atau Bahagian Informasi Peserta dan Data, Ibu Pejabat FELCRA Berhad iaitu 03-41455000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.