Advertisements

Permohonan iRahman: Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu

Rakyat Terengganu yang tidak memiliki rumah dan ingin memiliki rumah sendiri, anda boleh membuat permohonan menerusi skim terbaharu daripada Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (iRahman).

iRahman merupakan skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan kepada pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri serta berpendapatan rendah di Terengganu.

Tujuan skim ini diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Terengganu memiliki rumah mereka sendiri.

Oleh itu, pemohon yang berminat untuk memohon skim pembiayaan ini boleh membuat permohonan yang dibuka daripada 17 Oktober ini sehingga 28 Februari 2022.

Jenis Skim

Skim iRahman yang ditawarkan kepada rakyat Terengganu ini terbahagi kepada 2 jenis skim iaitu:

  • Beli RMM Penswastaan: Ditawarkan kepada pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman daripada bank (2 bank).
  • Bina RMR Rahman: Ditawarkan kepada pemohon yang ingin membina di atas tanah sendiri/pihak ketiga berukuran 50′ lebar x 72′ panjang= 3600 kps di atas tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Jumlah Pinjaman & Pembayaran

Jumlah pinjaman dan pembayaran yang ditetapkan menerusi skim ini adalah seperti berikut:

SkimJumlah PinjamanBayaran Bulanan
Beli RMM Penswastaan RM80,000RM266.70
Bina RMR Rahman RM51,500RM286.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berumur 21 Tahun ke atas. Untuk pemohon melebihi umur 50 tahun, permohonan boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak).
  2. Pemohon mestilah sudah berkahwin namun 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak.
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri.
  4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.
  5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank) perlu menyertakan surat penolakan daripada bank tersebut.
  6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps.
  8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Isi nama pengguna dan kata laluan diikuti dengan klik ‘Log Masuk.’
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan lengkapkan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai iRahman, sila hubungi pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Perumahan) di talian 09-626 7999 atau 09-631 7999.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.