Advertisements

iSejahtera 2022: Bayaran Bantuan Dijangka Pada Hujung April 2022

Advertisements

iSejahtera Pulau Pinang adalah sebuah bantuan sumbangan penghargaan dan keprihatinan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang yang layak.

Pembayaran bantuan Program i-Sejahtera 2022 dijangka akan bermula hujung April ini dan diharapkan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Antara jenis-jenis bantuan di bawah program i-Sejahtera 2022 adalah seperti berikut:

Bayaran (1) Kali Setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas : RM150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  • Program Ibu Emas : RM100
  • Program Bantuan OKU : RM150
  • Program Bantuan Teksi Dan Bas Sekolah

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF

  • Program Anak Emas : RM200
  • Khairat Kematian : RM1,000

Syarat Kelayakan

Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU). Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat pada pautan syarat kelayakan.

Tarikh Bayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Baca juga: Tempah Janji Temu Dos Penggalak Di Aplikasi MySejahtera Bermula 21 Mac

Cara Memohon

Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera.

Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.

  1. Semak No Kad Pengenalan
  2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
  3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Semak Status Permohonan

Status permohonan boleh disemak melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.

Pemohon juga boleh menghubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran. Senarai perhubungan boleh dilihat pada ruangan Hubungi Kami.

Cara Pembayaran iSejahtera 2022

Pembayaran i-Sejahtera dilakukan secara TUNAI dan Electronic Funds Transfer (EFT). Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk memilih kaedah EFT kerana pembayaran secara tunai tidak dapat dilakukan disebabkan pandemik COVID-19.

Sekiranya pemohon telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian 04-650 5699.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.