Advertisements

JaminKerja PERKESO: Semak Kadar Insentif Penggajian

Advertisements

Melalui perbentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja).

Inisiatif ini diwujudkan bagi menggalakkan majikan di Malaysia menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan dan keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja.

Insentif Jamin Kerja Keluarga Malaysia

Di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun 2022.

Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian (JKIP) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang.

Pelaksanaan inisiatif JaminKerja ini adalah langkah kepada pemulihan ekonomi selain dapat membantu menurunkan kadar pengangguran negara kepada empat peritus dan mencapai tahap guna tenaga penuh.

Kadar Insentif Yang Diberikan

Di bawah inisiatif JKIP, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan program Perantisan sebelum ini, JKIP akan meneruskan pemberian insentif sebanyak RM900 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada majikan yang menggajikan golongan perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun.

Ini melibatkan kenaikan insentif sebanyak RM100 sebulan daripada RM800 sebelum ini dalam Belanjawan 2021. Bermula tahun 2022 juga, program ini akan dijenamakan semula sebagai Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) Perantisan.

Seiring dengan perkembangan ekonomi gig, JKIP turut menyediakan insentif sebanyak RM900 sebulan selama 6 bulan kepada individu yang terlibat dalam pekerjaan gig.

Insentif ini akan terus memanfaatkan golongan rentan dan individu yang mengalami kehilangan pekerjaan untuk terlibat dalam pekerjaan gig sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.

Bermula tahun 2022, program ini akan dijenamakan semula sebagai SIP Gig bagi menggantikan nama Program KerjayaGig.

Lain-lain Insentif PERKESO Dalam Bajet 2022

Bajet 2022 menunjukkan keperihatinan Kerajaan untuk terus melindungi golongan pekerja sendiri dan sektor informal di negara ini.

Berikut disenaraikan perluasan dan penambahbaikan inisiatif PERKESO dalam Bajet 2022:

  1. Perluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
  2. Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
  3. Kenaikan Had Minimum Pencen Keilatan
  4. Kenaikan Had Siling Gaji Pencarum
  5. Penyelaran Kadar Bantuan Faedah PERKESO
  6. SIP Subsidi Upah Bersasar
  7. SIP Elaun Mencari Pekerjaan (EMP+)

Baca juga: MySTEP 2022: Tawaran Kerja Kontrak Bagi Pengganggur

Maklumat Lanjut

Segala makluman dan informasi terkini mengenai bantuan dari Bajet 2022 yang melibatkan PERKESO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman web rasmi PERKESO.

Sebarang pertanyan dan soalan lazim, sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.