Advertisements

Jangan Lakukan Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Advertisements

Penjagaan diri adalah sangat penting untuk setiap individu tidak kira wanita mahupun lelaki.

Lebih-lebih lagi penampilan rupa, jika tidak mahu dipanggil “pakcik atau makcik” pada bukan usianya anda perlulah elakkan melakukan tabiat-tabiat ini.

Berikut adalah 8 tabiat yang boleh menyebabkan kulit muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Baca juga: 5 Cara Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian

1) Cuci Muka Guna Sabun Mandi

Memang tidak dinafikan bahawa mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang sangat mudah dan senang.

Tetapi tahukah anda bahawa sabun mandi biasanya akan menyebabkan kulit muka anda menjadi kering dan kasar.

Jadi jika kerap di praktik kan ia akan menyebabkan kulit muka anda menjadi kering dan akan kelihatan tua dari usia sebenar.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2) Merokok

Seperti yang kita tahu, merokok ini tidak bagus untuk kesihatan.

Ini kerana terdapat ribuan racun dan bahan yang terlarang serta bahaya di dalam rokok itu.

Oleh itu ia akan mendatangkan pelbagai penyakit dan akan menjejaskan sel tubuh badan anda.

3) Kurang Minum Air

Untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan lembab, anda disarankan untuk memimun air yang banyak.

Tetapi pastikan anda meminum air putih mengikut kuantiti air yang diperlukan oleh badan iaitu 8 gelas atau 3 liter setiap hari.

4) Bercukur Tanpa Guna Krim

Tahukah anda bahawa mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh menyebabkan kulit muka anda menjadi lebih kasar.

Seharusnya anda membeli krim pencukur dan sapukan di bahagian yang ingin di cukur supaya ia dapat melindungi kulit anda.

5) Tidak Pakai Pelembap Kulit

Pelembap kulit sebenarnya bagus untuk kulit muka tidak kira wanita mahupun lelaki.

Ini kerana pelembab muka dapat melindungi kulit daripada pencemaran udara erta cuaca yang panas.

Jadi ia sangatlah penting untuk menjagaan kulit muka daripada menjadi terlalu kering dan kasar.

6) Tidak Pakai Sun Block

Penggunaan sunblock adalah sangat penting untuk melindungi kulit daripada terkena terus sinaran matahari.

Jika tidak melindungi kulit dengan sunblok, kulit kita bukan sahaja akan terbakar malah akan cepat mengering dan menghasilkan jerangat dan kedutan yang banyak.

Ini salah satu faktor kulit muka akan nampak lebih tua.

7) Kurang Bersenam

Kurang bersenam akan menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar.

Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel-sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.

8) Kurang Makanan Sihat

Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat.

Kurang makan makanan sihat akan menyebabkan tubuh badan anda tidak cergas dan lesu serta boleh menyebabkan kegemukan pada badan.

Jadi anda perlu lebihkan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup bagi mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.

Baca juga: 10 Cara Hilangkan Jerawat Secara Tradisional

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.