Permohonan Jawatan Kosong Bomba & Penyelamat Malaysia 2020

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian anggota Bomba, berikut tawaran kerja kosong terkini di agensi tersebut.

Permohonan jawatan kosong Bomba & Penyelamat Malaysia kini dibuka secara rasmi sehingga tarikh tutup 6 Julai 2020.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i.

Terdapat dua jawatan yang diiklankan, iaitu:

  1. Penguasa Bomba Gred KB41
  2. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Jawatan Kosong Bomba 2020

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia mencari 100 individu yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan.

Manakala 130 calon akan dipilih bagi mengisi jawatan simpanan.

Berikut adalah syarat permohonan mengikut jawatan beserta gaji yang ditawarkan.

Penguasa Bomba Gred KB41

Jawatan ini hanya untuk lepasan Ijazah dengan tawaran gaji bermula RM2,094.00 dengan kenaikan gaji tahunan RM225 sehingga maksimum gaji RM9,604.00.

Selain kelayakan akademik, calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan fizikal seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Antara tugas sebagai Penguasa Bomba termasuklah:

  1. Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan
  2. Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  3. Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  4. Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  5. Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota
  6. Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara

Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Jawatan ini pula untuk calon lepasan Diploma dengan tawaran gaji bermula RM1,814.00 dengan kenaikan gaji tahun RM145 sehingga maksimum RM5,700.00.

Calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan fizikal berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Antara tugas Penolong Penguasa Bomba ialah:

  1. Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
  2. Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
  3. Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
  4. Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i di portal rasmi https://www.spa.gov.my/spa/

Calon yang pernah mendaftar jawatan tersebut tidak perlu mendaftar semula namun perlu pastikan permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Julai 2020.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.