guru interim 2019 sk smk

Permohonan Jawatan Kosong Guru Interim 2019 SK / SMK Online

Permohonan jawatan kosong Guru Interim 2019 di sekolah rendah (SK) dan sekolah menengah (SMK) kini dibuka.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut serta syarat permohonan terkini seperti yang tertera di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM mempelawa calon yang berkelayakan untuk menjadi guru interim berdasarkan Skim Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Jawatan yang ditawarkan ialah Guru Interim Bahasa Inggeris di SK dan SMK seluruh Malaysia.

Tempoh lantikan adalah selama 3 tahun sahaja.

Baca: Bagaimana Untuk Menjadi Guru Di Sekolah Rendah / Menengah?

Calon mestilah mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di IPG yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal pengambilan jawatan kosong guru interim — bermula dari 7 Februari hingga 15 Februari 2019.

Syarat Permohonan Jawatan Kosong Guru Interim 2019

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan KPM, iaitu:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019

Calon juga hendaklah memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris
  • CGPA minimum 2.5
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM

Bagi calon lepasan IPTS, anda perlu mendapatkan sijil pengiktirafan ijazah (MQA) yang boleh dimuat turun di laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

Maklumat Jawatan

Berikut antara maklumat jawatan sebagai guru interim termasuk gaji dan bonus-bonus yang disediakan.

  • Gred: Guru Interim DC41
  • Elaun Bulanan: RM2,149.03 (Ijazah Kepujian) / RM1,944.62 (Ijazah Am)
  • Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bayaran Insentif Pedalaman
  • Elaun Balik Kampung
  • Elaun Perumahan Wilayah, dan banyak lagi.

Selain itu, guru interim juga turut dibekalkan cuti sakit, cuti penggal sekolah bergaji penuh, cuti rehat khas, rawatan perubatan dan pergigian.

Antara kemudahan penjawat awam lain yang tidak layak dipohon ialah:

  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Rawatan perubatan di luar negeri
  • Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer
  • Cuti separuh gaji
  • Cuti tanpa gaji
  • Cuti bersalin
  • Cuti belajar
  • Cuti kecederaan
  • Cuti kerantina
  • Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  • Cuti tanpa rekod
  • Cuti haji

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat online dengan mengisi borang jawatan kosong di sini https://pismp.moe.gov.my/myUMUM/

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian di bawah:

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250 
Jalan Usahawan 1 
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666
No Fax : 03-8312 6655