jawatan kosong guru mrsm mara 2019

Permohonan Jawatan Kosong Guru MRSM MARA 2019 (Pelbagai Subjek)

Kepada anda yang sedang mencari peluang pekerjaan sebagai guru MRSM MARA, berikut dikongsikan iklan jawatan kosong terkini Januari 2019.

Untuk makluman terdapat kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Jawatan ini adalah jawatan tetap dan kontrak.

Gaji bermula dari RM2,188 — maksimum RM9,552.

Sekiranya berminat, anda boleh rujuk maklumat permohonan di bawah.

Jawatan Kosong Guru MSRM MARA

MRSM merupakan sekolah berasrama penuh di bawah seliaan Mara.

Untuk menjadi guru MRSM, anda tidak perlukan sijil DPLI seperti mana untuk menjadi guru di sekolah-sekolah bawah Kementerian Pelajaran.

Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  • Memperoleh kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat SPM
  • Calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki syarat kelayakan seperti di atas layak memohon

Cara Memohon

Sekiranya berminat dengan tawaran sebagai guru MRSM ini, anda boleh mengisi borang permohonan online di portal rasmi www.mara.gov.my

Kepada yang pernah memohon sebelum ini, anda boleh terus kemaskini maklumat sahaja.

Kepada yang baru pertama kali ingin mengisi kekosongan jawatan Guru MARA, sila buat permohonan baru di sini.

Perhatian kepada graduan kelulusan luar negara / IPTS, anda diminta untuk kemukakan salinan pengiktirafan MQA semasa sesi penilaian.

Sijil tersebut boleh didapati di portal rasmi eSisraf.

Tarikh tutup permohonan pada 24 Januari 2019.

Sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh iklan dianggap tidak berjaya.

Klik di sini untuk download iklan jawatan kosong cikgu MARA 2019.

jawatan kosong guru mrsm mara
  • 1.2K
    Shares