guru tabika perpaduan

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29

Berikut jawatan kosong terkini bagi Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2017.

Bagi yang memenuhi syarat kelayakan di bawah, anda dipelawa untuk memohon jawatan kosong tersebut.

Gaji bermula dari RM1,493 sehingga RM5,672.

Elaun disediakan sebanyak:

  • ITKA : RM160.00
  • ITP : RM300.00
  • BSH (COLA) RM250

Guru Tabika Perpaduan bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika, melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup
  • Lulus SPM dan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia
  • Diploma Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh kerajaan

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh didapati di sesawang laman web www.perpaduan.gov.my; dan

Borang permohonan lengkap beserta dengan gambar berukuran pasport dan dikepilkan sesalinan Kad Pengenalan, Sijil-Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil lain yang berkaitan hendaklah dihantar kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 9, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 WP Putrajaya

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 31 Disember 2017.