jawatan kosong guru tabika perpaduan 2019

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan 2019 Gred S29

Berikut iklan jawatan kosong terkini Guru Tabika Perpaduan Gred S29 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Tarikh tutup permohonan pada 19 Mei 2019.

Bagi yang memenuhi syarat kelayakan di bawah, anda dipelawa untuk memohon jawatan kosong tersebut.

Gaji bermula dari RM1,493 sehingga RM5,672.

Elaun disediakan sebanyak:

  • ITKA : RM160.00
  • ITP : RM300.00
  • BSH (COLA) RM250 / RM150

Guru Tabika Perpaduan bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika, melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Baca juga: Iklan Jawatan Kosong Guru KEMAS 2019

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup
  • Lulus SPM dan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia
  • Diploma Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh kerajaan

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan di portal rasmi www.perpaduan.gov.my; dan

Borang permohonan lengkap beserta dengan gambar berukuran pasport dan dikepilkan sesalinan Kad Pengenalan, Sijil-Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil lain yang berkaitan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Terengganu
No 22, Tingkat 1, 2 & 3 Pusat Niaga Paya Keladi
20100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-620 3105

Download borang permohonan di sini.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 19 Mei 2019 (Ahad).

  • 4.6K
    Shares