Advertisements

Jawatan Kosong Imigresen: Penguasa & Penolong Penguasa Imigresen

Advertisements

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuka permohonan jawatan kosong Imigresen bagi pengambilan Penguasa Imigresen Gred KP41 dan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 bagi Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagi Penguasa Imigresen Gred KP41, jumlah kekosongan adalah sebanyak 27 kekosongan manakala Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 pula adalah 110 kekosongan.

Tugas Penguasa Imigresen Gred KP41 adalah bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 pula bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Advertisements

Syarat Lantikan

Bagi Penguasa Imigresen Gred KP41, syarat lantikan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Pemohon memiliki:
    i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  4. Pemohon memiliki syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
    ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
    iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    vii) Telah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Untuk Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, syarat lantikan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Pemohon memiliki:
    i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
    iii) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Pemohon memiliki syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
    ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
    iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    vii) Telah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Untuk pengambilan kedua-dua jawatan kosong Imigresen ini, calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Bagi peningkatan gred secara lantikan untuk pegawai yang sedang berkhidmat, mereka adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, namun tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat berikut:

Advertisements
  1. Pemohon mempunyai kelayakan akademik seperti yang disebutkan.
  2. Pemohon lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. Had umur pelantikan pemohon ialah:
    i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Keperluan Bidang

Keperluan bidang bagi pelantikan Penguasa Imigresen Gred KP41 dan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 ini adalah terbuka dan ditetapkan oleh jabatan.

Keperluan Tambahan

Bagi keperluan tambahan, hanya calon yang memperoleh kelayakan atau kelulusan ijazah sarjana muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti atau jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Memohon Jawatan Kosong Imigresen

Bagi mereka yang berminat untuk memohon jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41 dan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 ini, permohonan perlu dilakukan melalui laman web https://spa9.spa.gov.my/.

Manual permohonan menggunakan laman web tersebut juga boleh dirujuk melalui https://docs.google.com/viewer?url=https%3A%2F%2Fspa9.spa.gov.my%2Fmanual%2FManual_Pengguna_SPA9.pdf

Permohonan bagi jawatan ini akan ditutup pada 8 Disember 2020 iaitu hari Selasa jam 11.59 malam.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman web SPA iaitu https://www.spa.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.