iklan jawatan kosong jpj

Senarai Jawatan Kosong JPJ 2018: Pembantu Penguatkuasa KP19

Bagi anda yang ingin berkhidmat sebagai pegawai JPJ, berikut dikongsikan senarai jawatan kosong JPJ 2018. Terkini sebanyak 296 kekosongan jawatan untuk diisi di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, sumber dari iklan jawatan kosong SPA.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Pastikan anda baca juga: Jawatan kosong Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (tarikh tutup 14 Januari)

Bagi anda yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong JPJ:

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Pendaftaran permohonan hanya diterima melalui onlina sahaja. Pastikan anda rujuk Cara Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA8i.

Baca juga: Prosedur Memohon Kerja di Singapura Kelayakan SPM

Jawatan Kosong JPJ 2018

Berikut adalah maklumat jawatan kosong sebagai Pembantu Penguatkuasa Gred KP19.

  • Gaji minimum: RM1,360.00
  • Gaji maksimum: RM4,052.00
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM100

Tugas Pembantu Penguatkuasa adalah membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
    dan

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Tarikh tutup permohonan pada 21 Januari 2018. Mohonlah secara online di portal SPA: http://www.spa.gov.my/

 

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Emel Anda

Jadilah yang terawal mendapat informasi / maklumat terkini Semakan Online

Terima kasih, sila semak INBOX anda sekarang.

Ops! Sila masukkan semula emel anda...