Jawatan Kosong JPJ 2018: Kelayakan SPM Tarikh Tutup 14 Januari

Berikut iklan jawatan kosong JPJ yang terkini. Melalui portal SPA, terdapat 50 kekosongan jawatan untuk diisi di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

Bagi anda yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong JPJ:

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Pendaftaran permohonan hanya diterima melalui onlina sahaja. Pastikan anda rujuk Cara Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA8i.

Baca juga: Prosedur Memohon Kerja di Singapura Kelayakan SPM

Jawatan Kosong JPJ 2018

Berikut adalah maklumat jawatan kosong sebagai pemeriksa kereta motor gred AB19.

  • Gaji minimum: RM1,362.00
  • Gaji maksimum:¬†RM4,034.00
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM100

Tugas Pemeriksa Kereta Motor adalah menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).

Untuk info lanjut, layari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.