jawatan kosong kemas 2019

Jawatan Kosong KEMAS 2019 Lepasan SPM / Diploma Seluruh Malaysia

Berikut adalah iklan jawatan kosong KEMAS 2019 bagi lepasan SPM / Diploma.

Kepada anda yang berminat untuk bekerja di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) inilah peluang terbaik memandangkan terdapat pelbagai kekosongan jawatan di seluruh Malaysia.

Tawaran kerja kosong ini terbuka kepada lelaki & wanita.

Borang permohonan boleh diisi secara online di portal rasmi SPA (rujuk Cara Mohon Kerja Kerajaan).

Antara jawatan yang ditawarkan ialah:

  • Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

Jawatan Kosong KEMAS 2019

Untuk makluman permohonan jawatan kosong KEMAS dibuka sepanjang tahun.

Pemohon hanya perlu mengisi borang SPA8i secara online bagi memohon jawatan yang menepati syarat kelayakan masing-masing.

Bagi lepasan SPM, anda boleh mohon jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Syarat kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,352 sehingga maksimum RM4,003 dengan kadar kenaikan gaji tahunan RM100.

Lepasan STPM, STAM atau Diploma pula boleh memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29.

Gaji ditawarkan RM1,493 sehingga RM5,672 — kadar kenaikan gaji tahunan RM145.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat bertugas memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara.

Selain itu, mereka perlu mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.

Lepasan Ijazah Sarjana Muda boleh memohon jawatan kosong KEMAS sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.

Tugas utamanya ialah melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Gaji bermula dari RM2,078 sehingga RM9,544 dengan kadar kenaikan gaji tahunan RM225 setahun.

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang jawatan kosong KEMAS 2019 yang boleh dimuat turun di sini.

Anda juga perlu sediakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
  • Salinan IC
  • Salinan SPM
  • Salinan SKM
  • Salinan Diploma
  • Salinan sijil aktiviti dan pertubuhan (jika ada)

Berikut adalah iklan rasmi dari portal KEMAS.

Untuk info lanjut anda boleh layari https://www.kemas.gov.my

  • 13.7K
    Shares