jawatan kosong kerajaan

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini November & Disember 2018

Perhatian anda yang sedang mencari peluang jawatan kosong kerajaan yang terkini bagi bulan November & Disember 2018, berikut dikongsikan peluang kerja yang ditawarkan seperti tertera di portal rasmi SPA.

Untuk makluman, setiap permohonan wajib dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i.

Anda boleh rujuk artikel Cara Mohon Kerja Kerajaan 2018 untuk info lanjut tentang cara mengisi borang tersebut.

Jawatan Kosong Kerajaan 2018

Antara jawatan terkini yang anda boleh mohon termasuklah:

Pemandu Kenderaan H11

Kelulusan: SRP / PMR / PT3
Gaji Minimum: RM1,218
Gaji Maksimum: RM2,939
Tarikh Tutup Permohonan: 2 Disember

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumperroller dan traktor pertanian.

Jurutera Awam J41

Kelulusan: Ijazah
Gaji Minimum: RM2,529
Gaji Maksimum: RM9,643
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Jurutera Elekrik J41

Kelulusan: Ijazah
Gaji Minimum: RM2,360
Gaji Maksimum: RM8,743
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua sistem bekalan elektrik dan alat kelengkapan elektrik.

Jurutera Mekanikal J41

Kelulusan: Ijazah
Gaji Minimum: RM2,360
Gaji Maksimum: RM8,743
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua alat kelengkapan mekanikal.

Juruukur J41

Kelulusan: Ijazah
Gaji Minimum: RM2,529
Gaji Maksimum: RM9,643
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan, ukuran siasatan kejituan, memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain tugas pentadbiran yang berkaitan dengan Jabatan.

Penolong Jurutera Elektrik J29

Kelulusan: Diploma
Gaji Minimum: RM1,549
Gaji Maksimum: RM5,701
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Penolong Juruukur Bahan J29

Kelulusan: Diploma
Gaji Minimum: RM1,549
Gaji Maksimum: RM5,701
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November

  1. Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur.
  2. Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta.
  3. Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
  4. Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.

Untuk info lanjut dan iklan jawatan kosong kerajaan terkini anda boleh rujuk portal rasmi SPA di sini.